Kwasa Land announces successful Bumiputera bidders for R3-3 and R3-4 development

Managing Director's Photo

KWASA DAMANSARA — Master developer Kwasa Land Sdn Bhd today announced the two successful bidders for its residential projects under the Bumiputera developer category in Kwasa Damansara, underscoring the excitement and prospects in this new 2,330-acre township development.

Ahmad Zaki Sdn Bhd, a subsidiary of Ahmad Zaki Resources Berhad, was awarded the R3-4 project while Getrahome Sdn Bhd was awarded the R3-3 project.  The letter of award stipulated conditions for the parties to finalize and to sign the Development Rights Agreement within 60 days.

A total of 21 pre-qualified Bumiputera developers were invited on 14 May 2015 to pitch for this development and the submission for the RFP tender documents closed on 6 August 2015.

The total Land Cost tendered by Ahmad Zaki was at RM28,954,332 equivalent to RM170 per square foot. In addition, Ahmad Zaki offered 10% of their Gross Sales Value of the project as revenue sharing. The projected present value of the total return to Kwasa Land is RM44.9 million. The Gross Development Value of the project is estimated at RM257 million.

Project R3-4 measuring 3.91 acres of freehold land, is a proposed development consisting of 188 units of 162 high rise twin tower condominiums and 26 units of garden villas. Among the condominiums offered are dual-key units with a double volume living area, a generous master bedroom with walk-in wardrobe, an additional wet kitchen for Asian cooking and a dedicated storeroom – all highly sought-after features for high rise units.

The total Land Cost tendered by Getrahome was at RM42,601,680 equivalent to RM150 per square foot.  In addition, Getrahome offered seven per cent of their Gross Sales Value of the project as revenue sharing.  The projected present value of the total return to Kwasa Land is RM43.5 million. The Gross Development Value of the project is estimated at RM215 million.

Project R3-3 measuring 6.52 acres on leasehold land with a density of 260 residential units, fronts a 28-acre town park. The architectural approach is for a contemporary style reflecting a modern and healthy urban lifestyle designed to provide a higher quality of life.

The evaluation was conducted by two independent panels in two parts, namely quantitative and qualitative evaluations.

Under the qualitative evaluation, tenderers were required to submit development concept and layout proposals for the parcel based on the approved density, development phasing, and unique features of the proposal complete with overall planning layout, 3-D massing and landscape plans.

Bidders were also required to forward a development design with a special character and theme that would promote a sense of pride, place and belonging in a sustainable contemporary setting.

Under the quantitative evaluation, tenderers were required to submit the tender price on a per square foot basis together with their financial feasibility analysis.

Kwasa Land Sdn Bhd, the wholly-owned subsidiary of the Employees Provident Fund (EPF), is the master developer for the 2,330-acre township development of Kwasa Damansara.

To date, Kwasa Land has called for four RFPs, namely, the main town centre development MX-1 for Tier 1 category, the first residential development R2-1 for Tier 2 category, the first Bumiputera development R3-2 and now residential developments R3-3 and R3-4 also for Bumiputera developer category.

The three tier developers are classified as follows:

  • Tier 1 – large scale companies with shareholders’ funds or paid up capital of RM1 billion and above
  • Tier 2 – companies with shareholders’ funds or paid up capital of RM200 million and above
  • Tier 3 – Bumiputera companies with shareholders’ funds or paid up capital of RM1million and above.

 The township enjoys the benefit of two MRT stations, a well-connected network of four expressways, and the close proximity to the SkyPark air terminal.

Click here to view in Bahasa Malaysia

Kwasa Land mengumumkan pemenang bidaan untuk pemaju Bumiputera projek R3-3 dan R3-4

KWASA DAMANSARA – Kwasa Land Sdn Bhd, pemaju induk perbandaran Kwasa Damansara hari ini mengumumkan dua pemenang bidaan untuk  projek  pembangunan perumahan oleh pemaju Bumiputera di Kwasa Damansara, yang dijangka menarik minat bakal pembeli rumah di perbandaran baharu yang berkeluasan 2,330 ekar ini.

Ahmad Zaki Sdn Bhd, anak syarikat Ahmad Zaki Resources Berhad, telah dianugerahkan projek R3-4 manakala projek R3-3 telah dianugerahkan kepada Getrahome Sdn Bhd. Surat tawaran tersebut menggariskan syarat bagi pihak terbabit untuk memuktamadkan dan memeterai Perjanjian Hak Pembangunan dalam tempoh 60 hari.

Sejumlah 21 pemaju Bumiputera yang berprakelayakan telah dijemput untuk menyertai bidaan pada 14 Mei 2015 dan penyerahan tender RFP telah ditutup pada 6 Ogos 2015.

Jumlah Kos Tanah yang telah dikemukakan oleh Ahmad Zaki berjumlah RM28,954,332 bersamaan dengan RM170 sekaki persegi. Sebagai tambahan, Ahmad Zaki menawarkan 10% Nilai Jualan Kasar projek berkenaan sebagai perkongsian pulangan. Anggaran nilai semasa daripada jumlah pulangan yang bakal diperoleh Kwasa Land adalah sebanyak RM44.9 juta. Anggaran Nilai Pembangunan Kasar projek ini dijangka sebanyak RM257 juta.

Projek R3-4 yang berkeluasan 3.91 ekar ini berstatus pegangan bebas dan telah dicadangkan untuk pembangunan 188 unit kediaman iaitu 162 unit kondominium menara berkembar aras tinggi dan 26 unit ‘garden villa’. Kondominium ini menawarkan ‘dual-key units’ dengan ruang tamu berkeluasan ‘double volume’, bilik tidur utama yang luas dengan ‘walk-in wardrobe’ , dapur basah untuk masakan Asia dan juga bilik stor, iaitu ciri yang sangat diinginkan  untuk unit-unit aras tinggi.

Jumlah Kos Tanah yang telah dikemukakan oleh Getrahome adalah sebanyak RM42,601,680 yang bersamaan dengan RM150 sekaki persegi. Sebagai tambahan, Getrahome menawarkan pulangan 7% daripada Nilai Jualan Kasar projek ini sebagai jumlah perkongsian pulangan. Anggaran nilai semasa daripada jumlah pulangan yang bakal diperoleh Kwasa Land adalah sebanyak RM43.5 juta. Anggaran Nilai Pembangunan Kasar projek ini dijangka sebanyak RM215 juta.

Projek R3-3 yang berkeluasan 6.52 ekar ini berstatus pegangan pajakan dengan kepadatan 260 unit perumahan. Pembangunan ini berhadapan dengan 28 ekar taman bandar. Sentuhan seni binanya adalah berkonsep kontemporari yang melambangkan gaya hidup sihat dan moden untuk memberikan kualiti hidup yang lebih baik.

Penilaian telah dijalankan oleh dua penilai bebas yang dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu penilaian kuantitatif dan penilaian kualitatif.

Di bawah penilaian kualitatif, penyerah tender dikehendaki menyerahkan konsep pembangunan dan cadangan susun atur bagi parsel tersebut berdasarkan kepadatan yang diluluskan, fasa pembangunan, ciri-ciri unik dengan susun atur perancangan, visual 3-D serta pelan landskap.

Pembida juga dikehendaki menyerahkan rekabentuk pembangunan dengan tema dan karakter yang istimewa yang boleh memupuk kebanggaan, dan pemilikan di persekitaran kontemporari yang mampan.

Di bawah penilaian kuantitatif pula, penyerah tender dikehendaki menyerahkan harga tender berasaskan setiap sekaki persegi bersama-sama dengan analisis kemajuan kewangan mereka.

Kwasa Land Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), ialah pemaju utama perbandaran ikonik seluas 2,330 ekar di Kwasa Damansara.

Setakat ini, Kwasa Land telah mempelawa empat RFP, iaitu, untuk pembangunan pusat bandar MX-1 bagi kategori Peringkat 1, pembangunan perumahan pertama R2-1 bagi kategori Peringkat 2, pembangunan Bumiputera pertama R3-2 dan kini pembangunan perumahan R3-3 dan R3-4 yang juga merupakan kategori pemaju Bumiputera.

3 peringkat pemaju dibahagikan seperti berikut:

  • Peringkat 1 – syarikat berskala besar dengan dana pemegang saham atau modal berbayar sebanyak RM 1 bilion dan lebih
  • Peringkat 2 – syarikat dengan dana pemegang saham atau modal berbayar sebanyak RM 200 juta dan lebih
  • Peringkat 3 – syarikat Bumiputera dengan dana pemegang saham atau modal berbayar sebanyak RM 1 juta dan lebih.

Perbandaran ini mendapat manfaat daripada kehadiran dua Stesen MRT, sistem pengangkutan bersepadu lengkap dengan infrastruktur yang menyambungkan empat rangkaian lebuh raya, dan sangat berdekatan dengan terminal udara SkyPark.

This entry was posted in News. Bookmark the permalink.