Kwasa Land announces another two development projects – R3-3 and R3-4 for Bumiputera category

PETALING JAYA — Master developer Kwasa Land Sdn Bhd today announced another two residential projects – R3-3 and R3-4 for selected prequalified Bumiputera developers.

The Request For Proposal is a single exercise based on the parameters of the approved ‘Kebenaran Merancang’ by the Selangor state authorities for this iconic township.

The two residential plots measure 6.52 acres and 3.91 acres respectively, making it a cumulative 10.43 acres.

Overall, Kwasa Damansara is a 2,330-acre development tucked in the last prime stretch in the Klang Valley.

The proposed reserved price for the land for R3-3 is RM125 psf based on leasehold title while the proposed reserve price for R3-4 is at RM135 psf based on freehold title.

The invitations to the pre qualified Bumiputera developers have been issued and submission for the RFP tender documents would close by 10 July 2015.

Kwasa Land Sdn Bhd, the wholly-owned subsidiary of the Employees Provident Fund (EPF), has been commissioned as master developer for the 2,330-acre iconic township development of Kwasa Damansara.

In the last 14 months, the township development has been opened to three categories of developers for participation in various partnerships with Kwasa Land. The three tiers are:

  • Tier 1 – large scale companies with shareholders or paid up capital of RM1 billion and above
  • Tier 2 – companies with shareholders’ funds or paid up capital of RM300 million and above
  • Tier 3 – Bumiputera companies with shareholders’ funds or paid up capital of RM1million and above.

To date, Kwasa Land has called for four RFPs, namely, the main town centre development MX-1 for Tier 1 category, the first residential development R2-1 for Tier 2 category, the first Bumiputera development R3-2 and now residential developments R3-3 and R3-4 also for Bumiputera category.

Kwasa Land is in the midst of calling the next pre-qualification of development partners for the Kwasa Damansara township as the last exercise was done three years ago.

Prospective investors would find the Kwasa Damansara development gaining from the socio-economic benefits that include commercial, retail and other residential developments that make the location a thriving hub of activity.

The township enjoys the benefit of two MRT stations, a well-connected network of four expressways, and the close proximity to SkyPark air terminal.

Click here to view Malay version

Kwasa Land umum dua projek pembangunan baharu – R3-3 dan R4-4 untuk kategori pemaju Bumiputera

PETALING JAYA — Kwasa Land Sdn Bhd hari ini mengumumkan dua lagi projek kediaman – R3-3 dan R3-4 untuk kategori pemaju Bumiputera yang terpilih di peringkat prakelayakan melalui Request For Proposal (RFP)

Pelaksanaan RFP ini dibuat berdasarkan kepada Pelan Kebenaran Merancang bagi pembangunan Kwasa Damansara ini yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri Selangor. Kwasa Damansara adalah sebuah pembangunan bandar ikonik yang berkeluasan 2,330 ekar yang terletak di kawasan tumpuan utama di Lembah Klang.

Kedua-dua projek kediaman yang dinamakan R3-3 dan R3-4 ini masing-masing adalah berukuran 6.52 ekar dan 3.91 ekar. Luas keseluruhan bagi projek kediaman ini adalah 10.43 ekar.

Harga rizab bagi bidaan harga tanah untuk R3-3 yang berstatus pegangan pajakan (leasehold title) ialah RM125 kaki persegi manakala harga rizab bagi R3-4 yang berstatus pegangan kekal (freehold title) adalah RM135 kaki persegi.

Jemputan untuk pemaju Bumiputera yang terpilih di peringkat prakelayakan telah dikeluarkan dan penyerahan dokumen tender RFP akan ditutup pada 9 Julai 2015.

Kwasa Land Sdn Bhd adalah sebuah syarikat milik penuh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), yang telah ditauliahkan sebagai pemaju induk bagi pembangunan perbandaran Kwasa Damansara ini.

Sebagai strategi pemilihan rakan kongsi bagi pembangunan ini, Kwasa Land telah mengkategorikan pemaju pembangunan kepada tiga kategori (tier) pemaju seperti berikut:

  • Tier 1 – pemaju berskala besar dengan modal berbayar atau dana pemegang saham sekurang-kurangnya RM1 bilion dan ke atas
  • Tier 2 – pemaju berskala sederhana dengan modal berbayar atau dana pemegang saham sekurang-kurangnya RM300 juta ke atas
  • Tier 3 – pemaju Bumiputera dengan modal berbayar atau dana pemegang saham sekurang-kurangnya RM1 juta dan ke atas

Sehingga hari ini, Kwasa Land telah melaksanakan empat RFP, iaitu projek bercampur MX-1 bagi pembangunan pusat bandar utama untuk kategori pemaju Tier 1, pembangunan projek kediaman pertama R2-1 untuk kategori pemaju Tier 2, pembangunan projek kediaman Bumiputera pertama R3-2 dan kini, pembangunan kediaman R3-3 dan R3-4 yang juga untuk pemaju Bumiputera.

Dalam tempoh terdekat, Kwasa Land akan melaksanakan pendaftaran prakelayakan untuk kali kedua bagi pemilihan rakan pemaju bagi perbandaran Kwasa Damansara, memandangkan pelaksanaan pendaftaran pra-kelayakan kali pertama telah dilaksanakan tiga tahun lepas.

Bakal-bakal pelabur akan mendapati bahawa pembangunan Kwasa Damansara mendapat faedah sosio-ekonomi secara terus, yang merangkumi industri komersial, runcit dan pembangunan kediaman, sekaligus menjadikan Kwasa Damansara satu lokasi hab pusat aktiviti yang berkembang maju.

Perbandaran ini juga akan mendapat faedah daripada dua stesen MRT, rangkaian empat lebuhraya sedia ada dan terminal udara Subang SkyPark yang berdekatan.

This entry was posted in News and tagged , , , , . Bookmark the permalink.