Kwasa Land and Gadang Holdings Berhad ink R3-1 development plot for RM165 million returns

SIGNING CEREMONY R3-1 copyKWASA DAMANSARA — Kwasa Land Sdn Bhd, the master developer of the Kwasa Damansara Township, via its wholly owned subsidiary, Kwasa Development (3) Sdn Bhd today signed an agreement with Elegance Sonata Sdn Bhd, a wholly-owned subsidiary of Gadang Holdings Berhad (Gadang Holdings), for the development rights of the plot known as R3-1.

Seven hundred and eighty (780) residential units comprising a combination of high rise towers and villas are to be developed in R3-1, a 21.08 acre freehold plot.

R3-1 is projected to have a Gross Development Value of approximately RM700 million.

In the agreement signed today, Kwasa Land would receive a total of RM165.5 million for the development rights and revenue sharing from Gadang Holdings.

Signing on behalf of Kwasa Development (3) Sdn Bhd was Kwasa Land managing director Dato’ Mohd Lotfy Mohd Noh while signing on behalf of Elegance Sonata Sdn Bhd was Gadang Holdings property division managing director Dato’ Ling Hock Hing.  Witnessing the signing of the agreement were Kwasa Land chairman Tan Sri Samsudin Osman and Gadang Holdings chairman Tan Sri Dato’ Seri Dr. Mohamed Ismail Merican.

The development plot fronting a lush and extensive 28.91-acre green park, is complemented by a 13.64-acre lake. It is located in close proximity to a town park, proposed schools, and commercial development plots. The development is accessible through Persiaran Atmosfera and will in the future be connected to the Guthrie highway.

An interesting feature is the river which acts as the spine to the development. It will be complemented by the contemporary developments of the surrounding areas, linking the river to the urban fabric of the community.

The development designs will have optimised views of the river while lower levels will have a landscaped garden deck to complement.

Sky gardens shall be located at alternating levels of the blocks having front open views. Roadways will feature soft landscapes featuring ornamental flowering trees.

The development period would be six years for the entire project to be completed. Plot R3-1 is expected to be launched by January 2019.

Two MRT stations within the development have been completed and are already in operation. These would provide premium value for property development in Kwasa Damansara as they are approximately within 500-700 meters from Kwasa Damansara station and the Kwasa Sentral station.

To date, Kwasa Land had in addition to R3-1, called for six RFPs, namely, the main town centre development MX-1 for Tier 1 developer, the first residential development R2-1 for Tier 2 developer, the first Bumiputera residential developments R3-2, R3-3 and R3-4.

*Picture – from left : Tan Sri Samsudin Osman, Dato’ Mohd Lotfy Mohd Noh, Dato’ Ling Hock Hing, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Mohamed Ismail Merican

CLICK TO VIEW MALAY TRANSLATION

Kwasa Land dan Gadang Holdings Berhad memeterai perjanjian pembangunan plot R3-1 dengan pulangan RM165 juta

KWASA DAMANSARA – Kwasa Land Sdn Bhd (Kwasa Land), pemaju induk Kwasa Damansara hari ini melalui anak syarikatnya, Kwasa Development (3) Sdn Bhd telah memeterai perjanjian bersama Elegance Sonata Sdn Bhd anak syarikat milik penuh Gadang Holdings Berhad (Gadang Holdings) bagi pembangunan Plot  R3-1.

Sebanyak tujuh ratus lapan puluh (780) unit kediaman merangkumi pembangunan kondominium dan vila akan dibangunkan di atas plot R3-1, tanah berstatus pegangan bebas yang berkeluasan 21.08 ekar.

Plot R3-1 dijangka dapat menjana nilai pembangunan kasar sebanyak RM700 juta. Dalam perjanjian yang telah dimeterai hari ini, Kwasa Land bakal memperoleh sebanyak RM165.5 juta daripada nilai hak pembangunan dan perkongsian pulangan dari Gadang Holdings.

Perjanjian telah ditandatangani oleh pengarah urusan Kwasa Land, Dato’ Mohd Lotfy Mohd Noh, mewakili Kwasa Development (3) Sdn Bhd manakala Elegance Sonata Sdn Bhd diwakili pengarah urusan bahagian hartanah Gadang Holdings, Dato’ Ling Hock Hing. Majlis menandatangani perjanjian itu telah disaksikan oleh pengerusi Kwasa Land, Tan Sri Samsudin bin Osman dan pengerusi Gadang Holdings, Tan Sri Dato’ Seri Dr Mohamed Ismail Merican.

Plot ini dibangunkan berhadapan taman yang berkeluasan 28.91 ekar dan sebuah tasik seluas 13.64 ekar. Ia terletak berdekatan dengan taman rekreasi bandar, cadangan pembinaan sekolah dan plot pembangunan komersial. Pembangunan ini boleh diakses dari Persiaran Atmosfera dan ia bakal dihubungkan ke Lebuhraya Guthrie.

Ciri menarik bagi pembangunan ini ialah kewujudan sungai yang menjadi tulang belakang pembangunan ini. Ia disempurnakan lagi oleh pembangunan kontemporari kawasan sekeliling yang menyambungkan sungai kepada komuniti sekitar.

Reka bentuk pembangunan ini akan mengoptimumkan pemandangan sungai manakala bahagian aras rendah akan dihiasi taman berlanskap. ‘Sky Gardens’ akan ditempatkan secara selang seli pada setiap aras blok yang mempunyai ruang pemandangan bahagian hadapan. Di bahu jalan raya pula akan dihiasi dengan landskap yang mengutamakan pokok-pokok bunga hiasan.

Keseluruhan projek ini akan mengambil masa selama enam tahun untuk dibangunkan. Plot R3-1 dijangka akan dilancarkan pada Januari 2019.

Dua stesen MRT dalam pembangunan ini yang telah siap dan sedang beroperasi sepenuhnya juga akan memberi nilai tambah kepada pembangunan hartanah di Kwasa Damansara yang terletak dalam anggaran jarak dari 500-700 meter dari stesen Kwasa Damansara dan stesen Kwasa Sentral.

Setakat ini, Kwasa Land telah mengemukakan enam RFP, iaitu pembangunan utama pusat bandar MX-1 bagi kategori pemaju Peringkat 1, pembangunan perumahan R2-1 dan yang terkini R3-1 bagi kategori pemaju Peringkat 2, selain pembangunan perumahan oleh pemaju Bumiputera untuk R3-2, R3-3 dan R3-4.

Posted in Main |